Friday, July 22, 2011

nasib

lama tak berkongsi cerita di sini. masa tidak memberi aku kesempatan. sekarang dapat bercuti seminggu.kalau ikutkan rasa malas, memang aku tak mahu nak sambung kerja. tapi memandangkan miss t minta aku tolong dia, aku rasa tak salah kita bantu. bila aku terdesak nak kerja masa cuti semester, dia juga yang bagi aku kerja. lagipun boleh tambah duit untuk sambung belajar nanti.

kalau dulu aku kerja di pasaraya, sekarang aku kerja di butik. butik ini masih di bawah syarikat yang sama pasaraya aku kerja dulu. jadi memang mudah aku naik jadi cashier dan menjadi pengganti supervisor di cawangan lain. kalau dulu aku kerja, aku ada bercerita tentang orang yang aku senang berkawan. tapi kali ini, susah sikit untuk mencari kawan. kawan yang betul-betul boleh dipercayai. mungkin persekitaran butik dan pasaraya itu sendiri menjadi faktor.

selain miss t yang aku kenal dari dulu, bos ada seorang pekerja bukan warga sini. aku panggil dia kak y. masa mula-mula dia tak kenal aku sebab aku kan baru mula bertudung. lama-kelamaan barulah dia mula bersembang dengan aku. ya..walaupun dia bukan dari sini, tapi aku senang berkawan dengan dia.entah kenapa, bila aku tengok dia, aku rasa kasihan sangat. itu hari dia gembira katanya mahu pulang kampung, kontrak sudah tamat. dia mahu berpuasa dan beraya di sana. tapi tiba-tiba dia tanya aku kerja tak puasa ni. dia kena sambung kontrak.
dan aku nampak muka dia agak sedih bila dia cakap saya tak beraya di sini.

mak kata nasib setiap orang berbeza. jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.ya..nasib kita berbeza-beza. kita dapat beraya dengan keluarga, makan sedap-sedap. tapi ada orang berjauhan dengan keluarga masa raya, kena bekerja pula. ada orang pandang jelik bila kita berkawan dengan kak y. tapi kenapa nak jelik sedangkan dia juga manusia macam kita yang mencari rezeki. macam abang shah cakap, bila kita bekerja di negara orang nanti. mereka pula akan pandang jelik pada kita. lagipun untuk berkawan, kita tidak pandang rupa, harta, pangkat tapi yang penting keikhlasan. untuk apa berkawan andai tidak ikhlas. aku lebih senang berkawan dengan kak y daripada mereka yang bermulut jahat dan suka mengata orang.

kita memang tidak boleh menilai keihklasan orang lain,tapi dari kadang-kadang dari perangai dan perlakuan seseorang sudah boleh menampakkan keikhlasan dia.

0 comments: