ada sesetengah orang selalu berubah pendiriannya mengikut peredaran masa. begitu juga aku. masa aku belajar diploma, ada setengah masa itu aku pernah cakap nak tukar kos masa ijazah dan tak kisah belajar untuk tiga tahun lagi dan sambung master. tapi bila dah part 6, aku sambung ijazah di bawah fakulti yang sama untuk jimat masa dan harap dapat sambung master. tapi masa cuti, aku tak nak sambung study dan harap dapat kerja terus.
aku berubah bukan kerana aku seperti lalang. mudah terpengaruh. cuma bila aku makin dewasa, aku dapat lihat apa yang ayah dan mak korbankan untuk anak-anak. dan pesan mereka, ayah dan mak tiada harta cuma pelajaran saja yang dapat ayah berikan. kata-kata yang kerap aku dengar dari mereka. dan kerana itu, aku harap aku dapat kerja cepat dan balas jasa mereka.
aku tahu pengorbanan mereka yang terbesar bila mereka selalu memikirkan anak-anak sebelum diri mereka. aku tahu ayah sudah lama ingin mengerjakan haji, begitu juga mak. dan aku baru tahu ayah juga ingin upah haji untuk arwah mak sekali. tapi sebelum itu semua, mereka akan sentiasa memastikan kami yang belajar dapat meneruskan pelajaran dan cukup duit untuk bayar yuran dan sebagainya. dan disebabkan itu, aku masih dapat sambung belajar lagi.
kadang-kadang aku malu sendiri sebab ada masanya aku terlalai seketika. aku terlalu banyak mengeluh dan hampir berputus asa. ya. aku terlupa pengorbanan yang mak dan ayah lakukan.
tak tahu situasinya. cuma aku harap dapat habiskan belajar cepat, dapat kerja cepat, kumpul duit, hantar mak dan ayah haji serta upah haji arwah mak sekali. dan aku harap sangat aku dapat lakukan itu semua untuk mereka.
manusia sentiasa berubah ke arah kebaikan, aku harap agar aku sentiasa ke arah itu.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami tika di dunia ini begitu juga di akhirat kelak.
0 comments:
Post a Comment