salam sejahtera dan selamat tengah pagi, tengah hari, petang dan malam (pilih mengikut masa anda membaca). hari ini, hari keempat aku berada di puncak alam berjauhan dari keluarga. tiba-tiba mahu buat ayat sedih pula. sebagai pelajar baru di sini, memang banyak benda yang perlu diuruskan. pengecualian kredit, pendaftaran dan sebagainya. kalau nak dibandingkan, memang kehidupan di segamat sangat mudah dibandingkan sini. memang dalam empat hari ini, aku merungut jauh, susah, leceh, penat. tapi bak kata orang-orang tua tak kenal maka tak cinta.
macam kawan aku cakap.sabar, tenang, biasalah baru-baru lagi memang terasa kelainan. lama-lama pasti bagus semuanya. jadi sampai bila aku akan merungut keadaan ini, aku pun tidak tahu. mungkin kerana perangai aku yang sedikit gelabah dan blur, ramai juga kawan-kawan yang asyik pesan itu dan ini. terima kasih kengkawan semua.
aku pun tidak tahu disebabkan perubahan cuaca atau asyik naik dan turun lif, kepala aku sedikit pening. kadang-kadang apa yang aku buat tidak sampai 5 minit lalu, aku terlupa. seperti pagi tadi, hampir-hampir aku tertinggal wallet di hadapan library. dan mungkin nasib baik juga kami belum bergerak ke bawah ketika aku sedar ketiadaan wallet itu. tentang kolej pula, suasana bagi aku semua okey. housemate dan roomate juga baik-baik dan peramah semuanya. nasib baik juga dalam rumah ini ramai yang sama fakulti dengan aku. dan di apartment aku ini, ramai juga yang ramah-ramah. kadang-kadang dalam lif kami bertegur sapa juga.
aku pun malas mahu bercerita panjang sebab bukan menarik sangat nak diceritakan pada orang. oh ya. aku sudah berjaya menuruni dan mendaki tangga batu cave dalam 4 hari ini. dan ada kawan aku minta upload gambar suasana di sini. tapi mungkin lain kali saja.
tak semua benda yang terjadi pada kita itu buruk belaka. cuma kita yang tak nampak kebaikan dan kelebihannya.
tiba-tiba mahu menyanyi lagu fikirkan boleh.
0 comments:
Post a Comment