Friday, September 9, 2011

sedia

fuh..fuh.. fuhhhhh... dah lama tak menulis. sibuk dirumah menjaga anak saudara. malas pun salah satu faktor tak menulis. esok akan bertolak ke saujana putra tapi sebelum tu singgah jb sebab kak eiwa nak amik test. aku pun tak tahu test apa. rasa berat hati nak tinggalkan batu pahat. yela. hari ahad dah kena daftar kolej, memanglah semua perasaan ada.

barang-barang semuanya dah siap kemas rasanya. tapi macam ada yang masih tak lengkap. kemas punya kemas, barang punyalah banyak macam nak pindah rumah. kalau boleh nak bawa rumah sekali.

kali ini aku hanya nak bawa barang keperluan sahaja. seperti makanan, pakaian, barang mandi, bantal-bantal dan alat tulis. itu sahaja tapi tetap banyak juga. terpaksa tinggalkan barang-barang kesayangan seperti komik-komik, buku-buku dan sebagainya.

kalau boleh memang nak bawa semua. kalau boleh aku ingin jadikan bilik disana seperti suasana rumah, barulah tak homesick. mesti ada yang cakap, aku tengok melambak barang semester lepas kau bawa tapi setiap minggu balik juga. memanglah banyak tapi tak cukup banyak. manalah sama rumah ibu bapa dan kolej atau rumah sewa.

budak inilah kawan dirumah yang buat saya sibuk sentiasa

makan petang bersama

selamat tinggal.

lawak kampus. ini kampus paling ku gemari.

novel grafik yang paling ku suka.

kononnya kerja nak simpan gaji untuk hal lain. akhirnya habis ke komik. jangan tanya berapa harga lawak kampus yang macam kamus tu.

nampaklah yang aku ni tak bersedia nak masuk belajar walaupun dah 4 bulan cuti, orang sibuk cerita nak masuk belajar, aku sibuk cerita pasal komik.

sedia atau tidak. pergi saja kampus itu.

harap hari pendaftaran nanti berjalan lancar.

0 comments: