salam sejahtera. hari ini 18 oktober 2011 bermakna ada 6 hari lagi untuk hari konvo aku iaitu 24 oktober 2011. baiklah. entri ini bukan nak menunjukkan aku riak apatah lagi bangga kerana sudah konvo (sambil buat muka seposen). betul ni. tak tipu.
ya. aku tak sabar menunggu hari itu kerana sudah sebulan lebih aku tak balik batu pahat berjumpa mak dan ayah. rindu. sudah pasti perasaan rindu semakin menebal. apatah lagi bagi seorang anak yang mengada-ngada macam aku ni.eh!bukan mengada-ngadalah, manja. okay, semua orang nak muntah bila aku cakap aku manja. jadi sila sediakan plastik atau baldi di tepi.
sebenarnya perasaan aku tika ini boleh dikatakan tidak berapa stabil. ya. kawan-kawan yang mengenali pasti cakap perempuan gila mana pernah stabil. entah. kenapa aku rasa apa yang aku buat dua tiga hari ini, ada saja yang tak kena. bila aku terlalu gembira di siang hari, pada malamnya pasti menangis. nak kata aku belum dapat sesuaikan diri di puncak alam, tidak juga. kawan-kawan sekelas, serumah, sebilik dan sebagainya baik-baik belaka.
mungkin aku terlalu rindu pada keluarga aku. dan bagi aku yang sudah lama kehilangan ibu kandung, pastinya aku berharap dia gembira di sana. dan bukanlah aku tidak dapat terima pemergian arwah sebab memang sudah lama arwah pergi. cuma terkadang aku fikir, apa yang arwah akan cakap pada hari konvo nanti jika dia ada, apa reaksi dia di saat nama aku dipanggil nanti. adakah ini sudah cukup untuk membuat dia bangga. dan itu semua bermain di fikiran aku.
tapi ini bukanlah bermakna aku mengetepikan ayah dan mak yang membesarkan aku. memang aku sayang ayah. dan memang aku sayang mak. kerana mak, aku menjadi aku yang sekarang. terima kasih mak.
harapnya minggu ini berlalu dengan pantas dan harap masa bersama mereka berjalan dengan lambat agar aku dapat luangkan masa yang panjang bersama mereka.
pada masa ini, memang terlalu banyak benda bermain di fikiran aku. jadi, maaflah andai sedang-sedang berborak.tiba-tiba aku termenung. sebab perempuan gila memang begitu.
dan andai ada yang membaca entri ini dari mula hingga ke akhir, mungkin ada yang boleh membuat konklusi memang perempuan ini emosinya gila.
0 comments:
Post a Comment