selamat sejahtera. harapnya semua sihat-sihat belaka. sekarang sudah jarang aku menulis hingga aku tidak tahu bagaimana mahu menyusun kata. jadi semakin hari, aku rasa penulisan aku semakin bosan. bosan sama seperti kehidupan aku.
seperti kata emak, tika belajar ini memang banyak dugaannya. jadi sabarlah untuk beberapa tahun saja. ya.. dan sebab itu aku malas nak bercerita panjang tentang masalah aku di sini. daripada aku buang masa menaip cerita masalah aku yang belum tentu ada siapa baca lebih baik aku buat assignment yang melambak-lambak.
kadang-kadang bila kita terlampau bosan dengan situasi kita, ia akan menyumbang ke arah tensi. dan itulah yang berlaku pada aku sekarang. dan untuk mengurangkan rasa tensi itu, aku telah melakukan berbagai-bagai cara. antaranya:
1) beriadah atau bersukan
ya..pergilah bersukan kerana ia bukan saja dapat menyihatkan badan tetapi juga minda anda. dan tika bersukan ini juga anda dapat bersosial bersama rakan-rakan yang ada. kalau seperti aku pergi aerobik, boleh juga menambah kenalan.
2) tidur
dapatkanlah tidur secukupnya. tapi jangan pula asyik tidur saja. nanti pening kepala pula.
3) ceritakan masalah pada kawan anda
ini turut aku lakukan. walaupun dia tak dapat membantu tapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi kelegaan pada anda. tak kisahlah dia cakap dia bosan ke apa ke tapi aku tetap cerita juga. (thankz adibah razak)
4) mendengar muzik
ya. dengarlah muzik mengikut citarasa anda. aku suka dengar macam-macam lagu tapi jangan pula dengar lagu yang sedih dan mendayu-dayu sebab ia hanya akan membuat anda terasa lebih bersedih. jadi dengarlah lagu yang rancak.
5) solat dan berdoa
kerana anda akan berasa tenang bila berwuduk dan tika bersolat. dan mintalah pada Allah agar memberi anda kekuatan menempuh hari yang mendatang.
6)telefon keluarga anda
ini unuk mereka yang homesick seperti aku. setiap hari aku mesti telefon mak , ayah, kakak atau abang aku. ini dapat mengurangkan sedikit rasa rindu anda yang melampau itu terhadap mereka.
7) sibukkan diri
pastikan anda sentiasa sibuk. buatlah assignment dan jangan asyik termenung memikirkan masalah. memang kita kena fikir cara nak atasi masalah itu, cuma jangan terlalu obses dengan masalah itu.
ya..dengan berbuat benda-benda di atas, aku mampu mengurangkan tahap tensi aku. rasa tensi itu memang ada tapi tidaklah sampai ke tahap aku nak buat bukan-bukan. setiap orang punya masalah, terserah mereka bagaimana mereka atasinya.
malam semalam aku berperang dengan serangga kecil yang telah menyengat jariku. okey..sebenarnya lepas kena sengat, roomate aku yang bunuh serangga itu. tadi pergi klinik kena injection pula.
nampaknya tujuan aku untuk mencari journal pada petang ini telah bertukar pada banda lain. argh!!! tensinya!! (nana ni memang nak kena sepak, hal kecil pun nak tensi)
0 comments:
Post a Comment