salam sejahtera. hari ini tiada yang istimewa bagi saya kerana ia sama saja seperti semalam. bagaimana dengan anda? andai anda menjawab sama seperti aku nampaklah yang anda juga seorang yang membosankan seperti aku. okay. jangan marah-marah. aku bergurau saja sebentar tadi.
pernah tak korang alami atau lihat di mana satu situasi yang sama tapi punya reaksi atau sambutan yang berbeza. contohnya seperti sedang anda berjalan-jalan, tiba-tiba ada seorang lelaki kelihatan seperti romzey yang memanggil-manggil anda. adakah anda akan buat-buat tak dengar atau tidak mengindahkan mereka atau berikan jelingan maut dan terus berjalan atau meluahkan kata-kata kesat terhadap mereka? dan contoh kedua, anda sedang berjalan-jalan, tiba-tiba ada seorang jejaka tampan kelihatan seperti adi putra memanggil anda. adakah anda akan tersenyum malu atau tersengih-sengih atau mengenyitkan mata anda atau meluahkan kata-kata manis terhadap mereka? korang nampak tak dua persamaan situasi tadi yang dilakukan oleh dua orang berbeza tapi punya dua reaksi atau tindak balas yang berbeza. jangan nak tipulah kalau korang nampak romzey, korang kejar dia nak mintak tanda tangan.
kenapa berlakunya kejadian seperti yang di atas? adakah ia diskriminasi terhadap orang yang tidak mempunyai rupa? atau ia adalah satu kelebihan kepada orang yang punya rupa? atau ini merupakan double standard di mana bila mereka yang punya rupa dilebihkan berbanding mereka yang tak punya rupa? kenapa? mengapa? tak kisahlah laki ke perempuan ke sama saja. kalau lelaki pula mereka pastinya tertarik pada perempuan yang cantik. contohnya, ada dua orang perempuan menjerit sebab hampir tersepit lif. bila perempuan cantik menjerit, pastinya mereka akan berkata, "eh, nasib baik awek tu tak tersepit." bila perempuan tak berapa cantik menjerit, mungkin mereka tidak berkata apa atau hanya mampu tersengih saja.
tapi menurut pensyarah aku, ia law of attraction. di mana aura yang positif sentiasa menarik orang. contohnya orang yang bergaya menarik orang ramai berbanding orang yang kusut-masai. sebenarnya aku pun tak faham tentang apa yang dikatakan tentang law of attraction itu kerana aku juga tidak belajar tentang ia. jika ingin lebih maklumat, silalah google ya. tapi sebenarnya sudah menjadi lumrah alam bukan, manusia ini memang mudah tertarik pada barang yang cantik. janganlah hendak menafikannya. sebab kadang-kadang kita pun tak perasaan akan perlakuan kita.
nak salahkan siapa bila berlakunya double standard ini? tak perlulah salahkan siapa-siapa sebab sudah menjadi lumrah alam bukan. eh.macam sudah dua kali aku cakap benda yang sama.
kenapa aku bercakap tentang double standard ini? saja nak mengisi masa lapang walaupun sebenarnya tak berapa lapang. bagi aku setiap kejadian Allah ini punya kelebihan masing-masing. mungkin dia tidak cantik, tetapi dia bijak. mungkin dia tidak kacak, tetapi dia kaya. ya. kadang-kadang kita tak sedar akan kelebihan yang kita ada. kalau sudah sedar itu, baguslah. gunalah kelebihan yang ada itu untuk membangunkan diri anda. dan janganlah biarkan perkara sebegini menjatuhkan anda. sebab benda ini memang sudah tidak asing dalam masyarakat kita.
mungkin kita bukan siapa-siapa hari ini, tapi teruslah berusaha. seperti kata cikgu dalam laskar pelangi "kejarlah pelangi hingga hujung dunia, dan jangan pernah menyerah". eh.ada kena mengena ke kata cikgu ini dengan entry aku ni? entahlah.
nampaknya penulisan aku semakin teruk. sudahlah memang tak pernah bagus. jadi, harap di maafkan ya.
oh ya. dan aku tak tahu apa untuk title entry ni.dan blog aku ini memang tempat aku mengarut mencarut.
0 comments:
Post a Comment