assalammualaikum. semakin hari, kehidupan di puncak alam semakin sibuk. baiklah aku tak mengeluh. bukankah ini jalan yang aku pilih sendiri, jadi sepatutnya aku tidak mengeluh bukan. masa tidak akan berputar kembali. jadi enjoy saja walau dalam keterpaksaan.
semalam aku tidur sendiri. takut, aku memang penakut. dan terima kasih kawan yang berbalas message dengan aku sampai aku tertidur. jadi tak sempat aku nak berfikir yang macam-macam.
pernah seorang pensyarah aku kata, manusia itu lebih menakutkan dari hantu. kenapa? kalau hantu kacau kita hanya untuk menakut-nakutkan saja tika mereka bosan (yang bosan ni aku merepek sekejap). andai manusia pula? macam-macam dia boleh lakukan pada kita. kerana manusia ada perasaan hasad dengki, perasaan mementingkan diri, perasaan cemburu dan sebagainya.
ya. manusia itu sendiri sebenarnya menakutkan. dan berurusan dengan manusia yang punya bermacam kerenah juga memenatkan. dan bukannya gampang untuk mencari kawan yang benar-benar boleh digelar kawan masa kini. betul. aku tak tipu. jadi, berhati-hatilah.
dan lebih menakutkan dan menyedihkan bila kita terjumpa manusia yang mempergunakan kita untuk kepetingan dia. bila diperlukan kita dihimpitnya, jika tidak kita dipinggirkan. itulah manusia zaman sekarang, yang masing-masing sibuk mengejar kejayaan sampai kadang-kala terlupa apa itu erti dan nilai persahabatan. ini benar-banar menaktkan.
hei kawan. aku bukan sengaja tidak hubungi kalian tapi aku benar sibuk hingga tiada masa untuk berangan pun.
dan kemalasan semakin merasuk pada diri ini.malas ke kelas, malas belajar, malas, malas, dan malas.
terima kasih juga pada rakan-rakan yang prihatin pada diri ini. entri ini tiada kena mengena dengan siapa-siapa pun, jadi janganlah pula ada yang terasa. tapi orang tak akan terasa andai mereka benar bukan.
bila agaknya boyfriend saya ini nak balik kampung di malaysia.

okay. perempuan gila yang kuat berangan pun menakutkan juga sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment