assalamualaikum dan selamat pagi. hari ini hari ahad, entah kenapa hari ahad aku bagaikan bukan ahad. ya. kesibukan yang melanda ini kadang-kadang menyebabkan aku terlupa akan hari ahad sepatutnya hari kami bercuti.
semalam ada seorang kawan aku yang kepenatan mengadu pada aku. ya. dia juga seorang pelajar yang dilanda kesibukan seperti aku. dia penat akan kerja dia yang banyak ditambah lagi kerenah rakan-rakan yang dia sendiri tidak mengerti katanya.
aku pun tidak tahu apa kawan aku ini bodoh atau memang baik hati. terlalu rajin untuk menyiapkan kerja orang lain sedangkan kerja sendiri bertangguh. mungkin kerana terlalu tertekan dia bercerita pada aku.
mungkin dia ingin menjaga hati rakannya tapi aku rasa dia terlalu bodoh sebab itu bukan caranya. berkorban kerana orang lain yang tak pernah sedar diri. yang lain bersenang-lenang, dia macam nak mati siapkan kerja orang lain. adakah itu berbaloi?
tapi mulut dia bagaikan terkunci untuk katakan tidak. ya. aku tahu kawan aku tu macam mana. dia lebih menjaga hati kawan-kawan dia daripada hati dia. dan apa yang mampu aku katakan pada dia, bersabarlah. fikirlah dari segi positifnya. ingatlah hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita. biarpun esok lusa tiada membantu, abaikanlah. kerana Allah sentiasa bersama kita. jadi janganlah menangis wahai kawan.
nak hidup dalam dunia kejam, kita kena kuat, orang yang lemah sentiasa ditinggalkan.
hei kawan, jangan menangis! menangis tidak akan menyelesaikan masalah. jadi bangun, dan berusahalah!

0 comments:
Post a Comment