Saturday, December 31, 2011

2011-2012

alam. sesungguhnya blog ni memang sudah terabai semenjak aku ada twitter. maaflah. dan sememangnya rasa untuk menulis, makin hari semakin tiada.dulu aku menulis untuk kepuasan sendiri dan ia seakan hobi tika bosan. tapi sekarang, aku banyak habiskan masa membaca daripada menulis sebab pensyarah aku cakap "orang yang berjaya, mereka banyak membaca". ya.dari asyik mengeluarkan kata, aku mencari kata. membaca dan mendengar pendapat lain.

hari ini, hari terakhir untuk tahun 2011. dimana pada keesokan hari di setiap helaian kertas yang kita tulis dan akhbar yang kita baca tercatat pula angka 2012. 2011 berlalu tapi memorinya tetap tidak akan dilupakan. sebab di tahun 2011 ni macam-macam yang terjadi bukan. bukan untuk aku saja, tapi semua.

2011. di awal tahun ini, aku bertekad untuk berubah. dan insyaallah, aku cuba berubah jadi seorang yang lebih baik dari hari ke sehari. benar kata orang, nak berubah bukan kerana orang lain tapi diri sendiri. dan itu yang aku lakukan. harapnya aku dapat teruskan ia sampai bila-bila.

dua ribu sebelas. ya. tahun ini aku dapat habiskan sijil diploma aku. mungkin ini yang paling bermakna untuk aku. walaupun dengan keputusan yang tak berapa nak memuaskan hati mak dan ayah. sekurang-kurangnya aku dapat tamatkan ia pada masanya. dan untuk itu, aku akan cuba dapatkan keputusan yang lebih cemerlang untuk mak dan ayah kali ini.

2011. berlaku juga perubahan bila aku menyambung ke alam ijazah. berpisah dengan kawan-kawan. bertemu dengan orang baru. tapi tak bermakna ada kawan baru, aku lupakan yang lama seperti yang aku pernah kata di entry ini(sila klik). hei kawan, kamu kenal nurul farhana zainal. dia tak hubungi kamu bukan bermakna dia lupa tapi dia sedang cuba hidup tanpa kamu dan dia juga sibuk menyesuaikan diri di puncak alam (cari alasan lagi). tak ini bukan alasan tapi hakikatnya. sebenarnya tiada istilah kawan lama, kawan baru. selagi kamu masih ingat saya dan saya ingat kamu, kita selamanya berkawan. tapi macam mana untuk musuh yang diingati, selamanya bermusuh? maaf. saya tak punya musuh setakat ini.

2011. bermacam cerita suka dan duka. tak tercerita semuanya. tapi aku harap tahun ini tak berakhir dengan kesedihan dan aku harap tahun 2012, beri aku lebih kekuatan untuk menempuhi dunia kejam dan ketemu manusia yang bermacam ragamnya.

dulu masa muda (tak ada tua mana pun sekarang) aku selalu letak azam di setiap awal tahun baru. tapi macam aku pernah katakan, nak berazam tak semestinya di awal tahun baru. bila-bila masa pun boleh bila kita berdetik nak buat sesuatu. apa yang aku cuba nak sampaikan, aku belum ada azam lagi untuk dikongsi bersama. sebab aku cuma manusia membosankan yang duduk dalam bilik, online sambil makan maggie kembang dan belajar tika orang lain sibuk menyambut tahun baru.

sebenarnya aku nak hapuskan blog ni, tapi macam sayang pula. jadi aku hapuskan entry yang aku rasa aku tak nak ingat berkaitan ia lagi.

mungkin aku tak punya azam tahun baru, tapi aku harap 2012 jadi tahun yang baik dan lebih baik daripada sebelum ini.

dan aku nurul farhana zainal, masih menanti pelangi selepas hujan gula-gula.

0 comments: