Thursday, May 8, 2014

dugaan hidup

realitinya hidup ni tak mudah macam yang kita sangka dan nasib setiap kita berbeza. tapi asalkan kita berusaha dan tak putus asa, tak ada benda yang mustahilkan?

kalau harini kita sudah jatuh untuk kali ke sepuluh, bangunlah untuk kali ke sebelas. mana tahu itu masanya kita berjayakan?

bukan senang nak senang dan bukan susah pun nak susah. nak hidup senang memang kena susah sikit.

Sunday, February 9, 2014

yang tersurat dan tersirat

setiap perkara yang jadi pada kita pasti ada hikmahnya. itulah ayat yang orang cakap setiap kali sesuatu perkara yang tidak disenangi terjadi pada kita.itulah ayat memujuk diri atau menyedapkan hati setiap kali kita sesuatu terjadi pada kita.

kadang-kadang bila sesuatu perkara yang buruk dan tidak disenangi terjadi pada kita, kita lupa untuk lihat setiap kebaikan yang terjadi selepasnya kerana kita terlalu sibuk merungut atau bersedih. sebenarnya memang betul setiap kejadian yang terjadi ada hikmahnya dan ia akan mengajar kita sesuatu atau menemukan kita dengan siapa sahaja untuk mengajar atau menunjuk pada kita sesuatu.

sepanjang aku duduk dekat negeri orang ni, memang macam-macam tempat aku tinggal, macam-macam persekitaran aku rasa dan bermacam jenis manusia aku jumpa. dan sudah semestinya setiap tempat yang aku duduk, aku akan merungut itu tak kena, ini tak kena. tempat orang mana nak sama dengan tempat sendiri. buruk macam mana rumah kita, itulah tempat paling selesa paling dunia. kenapa? sebab di situlah keluarga kita berada.

aku pernah berada dalam situasi di mana aku rasa keadaan aku tika tu makin teruk dari yang dulu dan aku merungut kenapa macam ni. aku tak suka. aku nak masa berpatah kembali. aku nak kawan-kawan lama aku berada dengan aku. aku tak suka keadaan sekarang. aku benci. kenapa semua ni terjadi pada aku? kalau tengok memang macam orang tak pandai nak bersyukur. tapi bila kita rasa down, mana kita sempat nak fikir segala kebaikan yang ada yang kita nampak cuma buruknya.

segala kepayahan yang kita lalui, kita pasti akan dapat sesuatu kebaikan dan pengajaran antara kita sedar atau tidak. seseorang pernah bagi tahu aku, Allah akan gantikan setiap yang kita hilang atau pergi dengan sesuatu yang lebih baik.

kita cuma nampak yang tersurat, yang tersirat itu kita akan nampak dan sedar bila kita fokus dan berhenti merungut.

jadi berhenti merungut, terus positif dan jalani hidup dengan gembira. hidup di dunia ni singkat untuk terus bermuram durja. senyumlah.