Tuesday, February 7, 2012

bertujuh

salam.

hari ni nak bercerita tentang kawan. ya..dari dulu sampai sekarang aku tak akan berhenti bercakap dan menulis tentang kawan, persahabatan, friendship. dan mungkin kebanyakan cerita itu mungkin berulang. orang mungkin bosan membaca, tapi bagi aku tak pernah bosan bila bercerita tentang kawan. maksud bercerita di sini, bukanlah bergosip atau mengumpat tentang mereka.

selagi kita hidup, kita akan jumpa bermacam orang. dan ada diantara mereka mungkin hanya orang asing yang hanya kita bertembung berkali-kali di tempat kebiasaan. ada di antara mereka mungkin menjadi kenalan yang mungkin hanya tahu nama kita. dan ada di antara mereka akan menjadi kawan yang berborak dengan kita perkara-perkara biasa. dan ada di antara mereka yang menjadi kawan yang rapat yang mungkin berkongsi cerita dan punya memori bersama kita.

mungkin kerana aku seorang perempuan, aku mudah sayang pada kawan-kawan. dan bila kau sayang, kau akan rasa rindu pada mereka. ya..aku punya ramai kawan. dan aku rindu kesemua mereka. tapi yang terutamanya pada mereka yang sentiasa bertujuh itu. mereka bertujuh yang terkadang suka buat kerja gila.

mungkin perkenalan kami itu satu kebetulan atau mungkin juga jodoh. hidup bertemankan mereka, bukan satu perkara merugikan. kenapa? tanpa mereka mungkin aku akan jadi budak skema yang ulang alik ke kelas di siang hari dan belajar di malam hari. hidup dengan mereka, mengajar aku erti bersahabat. hidup dengan mereka, memberi aku banyak cerita untuk dikongsikan. hidup dengan mereka mengajar aku menjadi lebih kuat. hidup dengan mereka memberi aku satu kehidupan yang tak membosankan.





cuma orang gila saja yang akan berkawan dengan orang gila bukan? hei kawan, saya sayang anda.